Slogan : Menghormati dan menyayangi guru
DEFINISI : Kurangnya rasa hormat pelajar terhadap guru bermaksud ingkar atas arahan pendidik
Ciri ciri pelajar yang tidak menghormati guru:
-Tidak mempunyai adab duduk
Seorang penuntut ilmu harus duduk rapi, tenang, mata tertuju kepada guru, tidak membetangkan kaki, tidak bersandar, tidak pula bersandar dengan tangannya, tidak tertawa dengan keras, tidak duduk di tempat yang lebih tinggi juga tidak membelakangi gurunya.
-Tidak mempunyai adab berbicara
Berbicara dengan seseorang yang telah mengajarkan kebaikan haruslah lebih baik dibandingkan jika berbicara kepada orang lain.
-Adab dalam Mendengarkan Pelajaran
Bagaiamana perasaan seorang guru jika melihat murid sekaligus lawan bicaranya itu tidak mendengarkan? Sungguh merugilah para murid yang membuat hati gurunya jengkel.
Contoh pelajar tidak menghormati guru
-Pelajar bercakap kasar terhadap guru
-pelajar belasah guru
-pelajar tidak berfokus semasa pelajaran dijalankan
-pelajar tidak layan guru semasa guru mengajar
-pelajar lewat ke kelas tanpa alasan
Kandungan Laman Blog:
Statistik:
Statistik tentang isu ini antara tahun 2010-2015 sudah hilang rasa hormat pada gurunya. Kalau zaman dahulu, mendengar derapan kasut guru sahaja boleh membuatkan semua pelajar terdiam tetapi kini tidak lagi. Dewasa ini, boleh dikatakan bahawa ramai pelajar kurang menghormati guru-guru di sekolah. Perhubungan antara guru dengan pelajar tidak seakrab seperti zaman dahulu. Perkara ini wujud ada banydk kaitannya dengan sikap ibu bapa pelajar itu sendiri. Pada zaman dahulu ibu bapa begitu akrab hubungannya dengan guru-guru. Mereka sentiasa berkirim “salam”. Sekarang di zaman serba moden ini, keadaan seperti ini tidak wujud lagi. Jika dahulu ibu bapa sentiasa menyatakan guru berada di pihak yang benar jika mereka mendenda serta merotan anak-anak mereka.
Pada masa sekarang keadaan itu amat jauh berbeza. Sebaliknya guru-guru pula yang disalahkan jika mereka mendenda serta merotan pelajar-pelajarnya. Bagi ibu bapa sekarang, mereka lebih berpihak kepada anak-anak serta menyalahkan guru-guru. Ibu bapa pada zaman sekarang lebih memanjakan anak-anak. Jika terdapat kesan-kesan merah atau calar-calar pada badan anak-anak, mereka akan segera menyerang pihak sekolah tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Pandangan perseorangan saya berikan pandangan saya sendiri...
Ketika saya berada dalam tingkatan 5 dahulu, pelajar makan dalam kelas seperti tiada guru di depan kelas. Walaupun dimarahi berkali-kali, pelajar tetap tidak mengendahkan guru tersebut. Saya rasa kasihan melihat kepada guru yang perlu banyak berkorban kepada pelajar.
Kedudukan guru yang semakin goyah dalam masyarakat hari ini juga merupakan salah satu penyebabnya. Pada masa dahulu guru adalah satu kerjaya yang amat disanjung oleh masyarakat. Jika ada sebarang majlis dalam sesebuah kampung gurulah yang memainkan peranan utama. Guru-guru dahulu akan duduk di barisan hadapan serta memegang jawatan-jawatan penting dalam kampung. Keadaan sekarang sudah berubah. Pada masa ini tempat-tempat guru pada masa dahulu telah diambil alih oleh tokoh-tokoh korporat, penghulu-penghulu serta ahli-ahli politik. Inilah yang menyebabkan rasa hormat kepada guru-guru agak berkurangan.
Kerjaya perguruan adalah satu kerjaya yang mulia. Namun sekarang ini, is seolaholah dipandang sebagai pilihan kedua. Kedudukan guru di rata masyarakat perlu dipulihkan. Cara ini sahajalah yang dapat memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar agar kembali menghormati guru-guru.
c) Faktor-Faktor yang menyebabkan kewujudan masalah ini
i) ibu bapa tidak memberi didikan moral yang sepenuhnya kerana sibuk bekerja
ii)kurangnya didikan agama kerana terlalu taksub dengan gajet teknologi
iii)pengaruh rakan sebaya yang menpunyai pemikiran negatif
iv)pengaruh media sosial dengan peningkatan teknologi
v)emosi yang tidak terkawal sebab stres ataupun konflik diantara pihak tertentu
d) Keasan -kesan masalah ini kepada individu, masyarakat, keluarga dan negara
i) menjatuhkan maruah individu
ii) merosakan maruah keluraga
iii) mentaliti masyarakat terjejas
iv) imej negara terjejas
v) tekanan emosi kepada individu tersebut
e) Langkah-langkah penyelesaian yang boleh diambil oleh individu, masyarakat dan negara
i) jumpa guru kaunselling
ii) membuat kempen sedar diri utk masyarakat
iii) membuat rancangan tv untuk kesedaran negara
iv) nasihat dari ibubapa
v)gunakan media sosial sebagai medium penyebaran kesedaran
Artikel:
Video:
Buku:
Web:
- https://mazlan66.wordpress.com/2009/03/13/isu-kurangnya-pelajar-menghormati-guru/
Awesome..wow.. Pakhh ..cantik macam bunga
ReplyDeleteThanks ;)
ReplyDelete